Wakil Belia FELDA Dilantik Jadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Kerajaan bersetuju untuk melantik wakil belia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Felda, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ketetapan itu dibuat sebagai mengiktiraf peranan belia Felda dan sama-sama membantu serta membangunkan tanah rancangan berkenaan. “Bagi mengiktiraf peranan belia Felda, saya bersetuju, saya telah maklumkan kepada Tok Yeh […]

» Read more

Cyber Rangers Wanita Sedia Berdepan Tohmahan, Cabaran Media Sosial PRN Johor – Norshida

JOHOR BAHRU, 13 Feb – Wanita UMNO Malaysia bersedia seratus peratus mendepani cabaran siber dan media sosial bagi Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) yang akan diadakan pada Mac nanti. Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata pendekatan itu akan dilaksanakan menerusi jentera Cyber Rangers Wanita di peringkat negeri dan juga peringkat bahagian yang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. “Sepertimana gerakan sebelum ini […]

» Read more

PRN Johor: BN Bukan Seperti PH, Rangka Manifesto Bulan Dan Bintang – Bastien

KUALA LUMPUR, 13 Feb – UMNO sebagai parti yang mendukung Barisan Nasional (BN) akan memastikan manifesto yang diberikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kelak adalah realistik mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) lalu, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn. Jelas beliau ini kerana BN tidak akan mengulangi kesilapan dilakukan Pakatan Harapan (BN) yang […]

» Read more

Kestabilan Politik Sinonim Dengan UMNO – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa yang bergaduh sesama sendiri sehingga menjatuhkan Kerajaan sendiri setelah 22 bulan menjadi pentadbir bukan UMNO. Malah katanya, yang mengubah Menteri Besar sendiri dalam tempoh kurang setahun, juga bukan UMNO. “Yang kerap mengubah Pengerusi parti negeri, bukan UMNO. Yang tunda dan batal projek yang sepatutnya menguntungkan orang Johor semata-mata […]

» Read more

Kedatangan Ahmad Zahid Suntik Semangat UMNO Dan BN Sabah

KOTA KINABALU, 12 Feb – Kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) ke Sabah yang berakhir petang tadi bukan sahaja memberikan semangat kepada pimpinan UMNO malah memperkukuhkan lagi BN negeri berkenaan. Selain ramah mesra bersama pimpinan UMNO negeri semalam, disusuli dengan mesyuarat BN Sabah serta perasmian persidangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) […]

» Read more

PRN Johor Diteruskan Dengan SOP Lebih Longgar

PORT DICKSON, 12 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diteruskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih longgar berbanding PRN Sarawak dan Melaka sebelum ini. Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata ia berdasarkan kajian daripada KKM yang mengambil kira kesan varian Omicron terhadap kesihatan awam dan liputan vaksinasi negara yang tinggi pada masa ini membolehkan […]

» Read more

Langkah Kerajaan Tangani Krisis Ekonomi Semakin Berhasil, KDNK 2021 Catat 3.1 Peratus – PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk menangani krisis ekonomi semakin membuahkan hasil apabila prestasi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 3.1 peratus pada 2021. Beliau berkata pembukaan hampir semua sektor ekonomi dan sosial serta permintaan domestik dan luar yang tinggi akan terus mendorong pertumbuhan. Katanya kerajaan […]

» Read more

Johor Berpotensi Besar Untuk Lebih Maju Dengan Kestabilan Politik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Johor sebagai sebuah negeri yang mempunyai potensi besar untuk lebih maju ke hadapan namun ia bergantung kepada kestabilan politik. Katanya dalam mencapai kestabilan itu, adalah amat penting untuk Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini. “Setiap kerja keras […]

» Read more

Elemen Kestabilan Naratif Utama Yang Rakyat Perlukan – Shahril Hamdan

ALOR SETAR, 12 Feb – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menekankan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berkait dapat dengan manifesto. Jelasnya, naratif utama yang sangat penting bagi PRN Johor ini adalah elemen kestabilan bagi rakyat negeri tersebut. “Dalam PRN Johor ini walaupun manifesto dan ‘tag line’ belum diumumkan tapi saya yakin bahawa kepimpinan tertinggi parti menekankan unsur kestabilan sebagai […]

» Read more

UMNO Dukung GRS, Tetapi BN Tetap Jadi Keutamaan – Ahmad Zahid

KOTA KINABALU, 12 Feb – UMNO memberi dukungan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus kekal menerajui Kerajaan Sabah, namun parti itu tetap meletakkan Barisan Nasional (BN) sebagai keutamaan, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Keutamaan sebagai parti komponenan dalam BN itu akan terus dikekalkan, begitu juga Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mereka juga parti komponen BN, […]

» Read more
1 1,048 1,049 1,050 1,051 1,052 1,952