Tekanan Emosi, Tekanan Perasaan Semakin Teruk Waktu PKP, Kerajaan Perlu Segera Bertindak

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ : Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebarang kara.

๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ : Seorang wanita cuba terjun dari tingkat 32 sebuah Kondominium di Sungai Buloh kerana tertekan dibuang kerja dan dihalau dari rumah sewanya.

๐Ÿ๐Ÿ– ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ : Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat 8, Apartment Aman Putra, Jinjang Utara.

๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ : Di Seremban, seorang lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan kerja sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, dipercayai mengurung isteri dan anaknya sejak pagi sebelum mereka diselamatkan oleh anggota bomba.

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ : Seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal, maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, Butterworth.

1. Lima kejadian yang saya tulis di atas, berlaku dalam tempoh tidak sampai 10 hari. Ini adalah satu perkara yang sangat mengejutkan kita.

2. Sebelum ini saya telah banyak kali membangkitkan di dalam Dewan Rakyat mengenai masalah kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan sama ada di kalangan rakyat biasa, penjawat awam ataupun remaja.

3. Pelaksanaan PKP sejak Mac 2020 yang lalu, sedikit sebanyak telah memburukkan lagi keadaan. Mungkin bagi sesetengah dari kita, pelaksanaan PKP ini tidak memberikan kesan yang terlalu besar. Hanya terpaksa duduk di rumah, tapi masih ada gaji seperti biasa.

4. Tapi, bagi sesetengah rakyat di luar sana, PKP ini umpama satu seksaan dunia untuk mereka. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan pendapatan, anak-nak memberontak akibat terlalu lama duduk di rumah tidak dapat keluar. Apabila anak-anak memberontak, ibu bapa stress, sampai bergaduh suami isteri, dan akhirnya rumah tangga porak peranda.

5. Ini satu realiti pahit yang sedang berlaku dalam masyarakat kita. Mungkin ada yang beranggapan ianya adalah isu terpencil. Tapi sebenarnya, jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan segera, akhirnya masalah ini akan semakin membusuk.

6. Setiap hari, akan ada sahaja orang yeng menghubungi saya sama ada secara terus, kepada pegawai saya, atau pun melalui facebook, mengadu nasib berkenaan masalah kekangan kewangan mereka.

7. Ada 1 hari, seorang mak cik, mesej saya, beritahu sudah tidak ada langsung lauk untuk dimasak di rumahnya, dan dia tidak ada duit untuk membeli lauk. Ada ibu tunggal yang mesej, beliau memohon bantuan untuk membeli beras dan telur, tidak minta banyak, cukuplah jika dapat RM30 sahaja asal lepas untuk beli beras. Dan macam-macam lagi keluhan rakyat yang saya terima.

8. Allahuakbarโ€ฆ Hati saya ini sayu bila mengenangkan ada rakyat di luar sana yang mengikat perut kerana tidak mampu beli walau sekampit beras. Saya cuba bantu seadanya.

9. Berbalik kepada isu tekanan perasaan ini, semua pihak perlu segera mainkan peranan. Kerajaan sudah tidak boleh berdiam diri. Keadaan ekonomi negara sekarang ini sudah jatuh kepada no 2. Ekonomi dan kocek rakyat ini yang perlu keutamaan segera sekarang.

๐Ÿ๐ŸŽ. ๐’๐„๐†๐€๐‹๐€ ๐๐„๐๐“๐”๐Š ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐ˆ, ๐‡๐€๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€. ๐ˆ-๐’๐ˆ๐๐€๐‘ ๐Ÿ.๐ŸŽ, ๐Œ๐Ž๐‘๐€๐“๐Ž๐‘๐ˆ๐”๐Œ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐€๐”๐“๐Ž๐Œ๐€๐“๐ˆ๐Š ๐‡๐€๐‘๐”๐’ ๐’๐„๐†๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐Š๐€๐. ๐๐€๐๐“๐”๐€๐-๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐”๐Œ๐”๐Œ ๐’๐„๐๐„๐‹๐”๐Œ ๐ˆ๐๐ˆ ๐‰๐”๐†๐€ ๐‡๐€๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐‚๐„๐๐€๐“๐Š๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐’๐„๐’๐๐˜๐€.

๐Ÿ๐Ÿ. ๐๐ž๐ซ๐ก๐ž๐ง๐ญ๐ข ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ข ๐Ÿ๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ ๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐Ÿ’๐ŸŽ, ๐ค๐ž๐ญ๐ข๐ค๐š ๐ข๐ง๐ข ๐Œ๐Ÿ’๐ŸŽ ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ค๐ข๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง. Ramai juga golongan T20 yang telah menjadi M40.

12. Rakyat juga ada peranan penting untuk dimainkan. Jika kita tahu ada jiran kita yang susah sampai tidak ada makanan, jangan berdiam diri. Jika tidak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit, bantu dengan hubungi pihak yang sepatutnya. Ketua penduduk, Ketua Kampung, Penghulu, Wakil Rakyat, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pihak yang boleh menyalurkan bantuan.

13. Ini bukan soal jaga tepi kain orang, ini adalah soal #KitaJagaKita. Kita perlu prihatin dan peka dengan keadaan jiran di sekeliling kita.

14. Dan jika anda ketika ini menghadapi tekanan perasaan, jangan dipendam, jangan disimpan. Cari orang untuk berkongsi, cari orang yang boleh membantu. Tindakan memendam ini akhirnya akan memakan diri kita sendiri.

15. Marilah kita sama-sama berdoa agar keadaan pandemic ini akan beransur pulih dengan cepat. Semakin lama keadaan ini berterusan, rakyat akan semakin tertekan.

Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias
Ahli Parlimen Jelebu

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.