‘Sambung Yang Tergendala’ Rentasi Ideologi Kembalikan Negara Ke Landasan Sebenar

SUNGAI SIPUT, 9 April – Ketua Penerangan UMNO Siswa Malaysia, Iman Norhizam berpendapat ‘Sambung Yang Tergendala’ membuka lembaran baharu kepada ekonomi kerana ianya bakal membawa negara ke arah landasan sebenar.

Menurutnya, siri pertama jelajah program ini telah membuka mata banyak pihak kerana polisi yang diperkenalkan adalah merentasi ideologi politik.

“Sambung Yang Tergendala ini namanya bukan politikal tapi yang paling penting adalah agenda ataupun polisi dan dasar untuk masa depan negara kita.

“Selama ini banyak yang tergendala atau off track jadi kita sambungkan kembali supaya jadi on track,” katanya ketika ditemui selepas pengenalan ‘Sambung Yang Tergendala’ yang dibentangkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan baru-baru ini.

Iman yang merupakan siswazah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata inisiatif ‘Sambung Yang Tergendala’ ini sekiranya dilaksanakan akan memberikan manfaat kepada orang ramai khususnya graduan untuk menjana pendapatan.

“Jadi dari segi pembentangan serta perbincangan, skim penempatan pekerjaan biarpun bukan penyelesaian tetapi ia akan dapat pastikan semua orang mendapat pekerjaan yang kemahiran tinggi.

“Ia juga adalah satu cara supaya orang ada pekerjaan… supaya tidak adalah sampai kesudah tidak ada pekerjaan.

“Bagi saya itu yang paling penting, mesti ada kerja,” jelasnya.

‘Sambung Yang Tergendala’ adalah siri perbincangan yang mengetengahkan soal dasar bagi mengembalikan Malaysia ke landasan yang betul dengan meliputi topik-topik semasa meliputi masalah pengangguran, ‘wage stagnation’, pertanian, pendigitalan, pendidikan, dan banyak lagi akan dibincang.– UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.