Umat Islam Perlu Bersatu Tanpa Mengira Fahaman Politik – Lokman Noor Adam


KUALA LUMPUR, 28 Julai – “Tiada apa yang lebih penting bagi saya selain daripada perjuangan mempertahankan Islam dan orang Melayu sebab itu saya tinggalkan sekejap pilihan raya dan hadir di sini bagi memberi sokongan,” ujar calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, Datuk Lokman Door Adam.

Jelas beliau, Himpunan Kebangkitan Ummah ini ‘wajib’ disokong oleh semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik demi mempertahankan kepentingan agama rasmi negara ini.

“Bagi saya, jika kita mahu pastikan Islam semakin kuat di negara ini, maka UMNO dan Pas perlu bersama tidak kira dalam apa juga keadaan sekalipun sebab itu saya hadir untuk memberikan sokongan.

“Sekarang ini terlalu banyak perkara yang jelas menunjukkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan keistimewaan orang Melayu semakin hari semakin terhakis. Baru 80 hari Pakatan Harapan (PH) memerintah negara, macam-macam perkara yang jadi.

KUALA LUMPUR, 28 Julai — Ahli Majlis Tertinggi yang juga calon BN PRK Dun Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam berbual bersama Ketua
Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi sewaktu menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman pagi tadi.
Foto:MediaUMNO

“Rakyat perlu sedar dengan apa yang sedang berlaku di negara ini. Mereka beranggapan semua baik tetapi pada hakikatnya tidak. Dari segi perundangan sekalipun kita dapat lihat bagaimana seorang yang bersimpati dengan idealogi komunis dilantik sebagai Peguam Negara,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Jelas Lokman, umum mengetahui idealogi komunis sememangnya tidak dibenarkan di negara ini tetapi Tommy Thomas adalah individu yang berani mempertahankan Chin Peng dan ini sekaligus membawa makna dia menyokong idealogi tersebut.

“Selain itu, Tommy juga adalah peguam kepada Menteri Kewangan yang dulunya merupakan ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng. Ini bermakna ada tiga kuasa besar di dalam tangan Tommy iaitu dia boleh memilih kes apa yang hendak dihadapkan ke mahkamah, kedua dia boleh memilih kes apa yang mahu digugurkan dan ini terbukti apabila kes Rafizi Ramli yang telah dijatuhkan hukuman boleh ditukar kepada hukuman 18 bulan jaminan bon supaya berkelakuan baik.

“…dan yang ke tiga dan paling bahaya juga dianggap ancaman kepada umat Islam adalah dia mempunyai kuasa untuk mendakwa Sultan dan Duli Yang Di-Pertuan Agong. Jadi bagaimana payung umat Islam boleh diletakkan di atas tangan orang yang percaya fahaman komunis.

“Maka di mana letaknya keselamatan umat Islam,” tegas beliau.

Justeru tegas Lokman lagi, semua umat Islam perlu bersatu agar agama rasmi Persekutuan tidak terus diinjak dan dipermainkan oleh pimpinan kerajaan baru hari ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.