PENJANA, PRIHATIN, PERMAI… Pelan Bantuan Pelbagai Nama, Tapi Retorik Rakyat – Hairi

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah kurang bersetuju dengan pelan kerajaan yang terlampau banyak sangat nama bantuan tapi mengelirukan.

Katanya, pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lebih dikenali sebagai ‘Abah’ seolah-olah satu bentuk bantuan baru yang retoriknya untuk membuat rakyat menarik nafas lega, sebaliknya tidak. 

“Cukuplah PENJANA dan PRIHATIN, terlampau banyak sangat nama bantuan rakyat pun jadi keliru dan dua bantuan ni pun tak habis agih lagi.

“Lagi satu, Abah kata soal bekalan vaksin kita ‘on-track’… tak taulah apa maksud beliau ‘on-track’ tu sampai mana dah… sebab Indonesia pun Presiden dia dah buat suntikan vaksin, kita hari ni tak habis-habis lagi cerita perjanjian dengan syarikat vaksin.

“Bab moratorium, Abah minta siapa yang terkesan hubungi sendiri bank dan bincang dengan bank sebab Abah kata 95 peratus permohonan bantuan bayaran pinjaman diluluskan… dapat angka pun dari pihak bank, lepas tu suruh rakyat terkesan jumpa bank sendiri. Bagus sangat tu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Hairi juga turut mempersoalkan berkaitan pengeluaran akaun 1 Kewangan Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWSP pun nampak mula-mula macam bagus, bayaran dipercepatkan, tapi baru mula nak senyum, rupanya kategori 2 pun kena ‘declare’ kendiri dan bagi dokumen sokongan. Tak jadi nak senyum.

“Rakyat Malaysia harap bersabar dan bertabah lah, saya ulang dan ingat betul-betul Perdana Menteri bukan dari parti UMNO/Barisan Nasional. Perdana Menteri Malaysia kini dari Parti PPBM/Perikatan Nasional,” tegasnya lagi – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.