Maaf Memaafi
Ramai yang berkata politik era baru. Ramai juga yang tak faham maksud sebenar bila berkata Politik Era Baru, yang pelik, orang yang berkata itu sendiri tak faham apa yang diungkapkan.
Saya melihat sendiri peristiwa bagaimana dua parti orang Melayu bergaduh dan memaki hamun sesama sendiri, sukar untuk mencari titik pertemuan sehingga 60 tahun PAS dan UMNO bermusuh. Apabila BN jatuh, dan di hina Melayu, barulah jelas penemuan titik Persamaan itu.
Di pentas-pentas ceramah Muafakat Nasional menyaksikan Pemimpin PAS memohon maaf, Pemimpin UMNO memohon maaf, kerana apa mereka bermaafan, adakah mereka menyedari kesalahan mereka? Adakah mereka melakukan kesalahan ? Tiada jawapan, ianya datang kerana perasaan bersalah diantara sesama sendiri, dan sering kali perkataan MAAF ini di sambut dengan gelak ketawa dan senyuman PENYATUAN oleh hadirin yang mendengar, baik dari PAS dan juga UMNO.
Itulah indahnya Sikap Orang Melayu, kita akan memaafkan kesalahan sekira ada permohonan maaf diutarakan.
Permohonan Maaf oleh Presiden UMNO terhadap kekhilafan Adun-adun juga ada maksudnya tersendiri, ada ramai yang menyokong tidak kurang juga yang membangkang.
Ada banyak perkara yang di jadikan rahsia dari pengetahuan umum, ini juga politik era baru. Tidak boleh cerita semua.
Apa yang paling penting adalah kemenangan Ummah, Kerajaan Melayu Perak terus dikekalkan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, PAS dan PPBM dalam merealisasikan acuan mencari keikhlasan dalam pentakbiran.
Usahlah kita menggunakan sifir yang biasa kita gunakan dalam Politik lama, ini politik baru, kemenangan yang kita perlu raikan adalah KETERBUKAAN Kepimpinan Kita sebagai Khalifa setiap Parti itu dapat duduk semeja mencari jalan penyatuan.
Politik era baru ini memerlukan pengorbanan, memerlukan kaedah lebih kurang, memerlukan keputusan yang berani dan memerlukan kematangan yang lain dari sebelum ini.
Sudah-sudahlah mencari kesalahan, lebihkan mencari kesamaan …. itulah politik baru.
Razlan Rafii
9 Disember 2020.