Tugas Pengerusi CEP Dipertikai

 

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mempertikaikan bidang kuasa Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin yang dilihat telah melangkaui tanggunggjawab sebagai penasihat kerajaan.

Jelas beliau, Daim dilihat telah melangkaui tugas Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri.

“Saya beri contoh pertama, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan telah dipanggil mengadap CEP dan CEP telah memberi arahan untuk mereka letak jawatan. Jelas tindakan ini bukan hanya menimbulkan masalah tapi menganggu proses perlantikan hakim yang sepatutnya mengikut perlembagaan dan proses yg telah dikenalpasti.

“Kedua perkembangan terbaru di mana Pengerusi CEP telah dilaporkan mengadakan lawatan ke China bagi berunding sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri ke China.

“Ini juga melangkaui tanggungjwab CEP kerana tidakkah Malaysia mempunyai Menteri Luar Negara,” ujar beliau kepada media di lobi Parlimen.

khairy turut mempersoalkan mengapa Daim perlu mendahului Menteri dan Perdana Menteri sedangkan CEP adalah badan penasihat.

“Daim juga dihantar ke China untuk membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara jadi rakyat perlu tahu apakah kandungan perbincangan tersebut. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.