Benarkan Pencarum Keluarkan Caruman Antara Cadangan Ahmad Maslan Menjelang Pembentangan Bajet 2021

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan beberapa cadangan menjelang pembentangan Bajet 2021 minggu depan.

Menerusi catatannya di Facebook beliau antara lain mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan banyak pihak agar pencarum dapat membuat pengeluaran daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, pengeluaran daripada akaun satu antara lingkungan RM5,000 hingga RM10,000 sekurang-kurangnya membantu rakyat yang hari ini berdepan pandemik COVID-19.

“Benarkan akaun 1 KWSP dikeluar RM5,000 hingga RM10,000. Seterusnya lndungi semua yang dibuang kerja dalam Skim Insuran Pekerja,” katanya.

Ahmad Maslan seterusnya memberikan cadangan agar menyerap graduan menganggur dalam skim khas pekerja secara kontrak.

“Seterusnya insentif luar biasa kilang dibuka kawasan desa. Bonus sebulan penjawat awam. Internet B40 percuma,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan maksimum RM6,000 dari akaun 2 KWSP menerusi skim i-Lestari.

Bayaran itu dibuat secara beransur-ansur selama 12 bulan bagi membantu pencarum yang terjejas akibat kesan COVID-19.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.