Beri Peluang Calon BN Bawa Suara Rakyat Lebih Lantang, Berkesan Di DUN Selangor
SHAH ALAM, 23 Julai – Ahli panel program diskusi pilihanraya kecil N49 Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis berpandangan, bahawa peluang harus diberikan kepada calon BN, Datuk Noor Lokman Adam agar dapat membawa suara rakyat dengan lebih lantang dan berkesan di dewan undangan negeri Selangor.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, Datuk Noor Lokman Adam patut diberi peluang mewakili pengundi di Sungai Kandis sebagai wakil rakyat yang boleh membawa suara rakyat di DUN Selangor.
“Bagi saya, ini satu perkara yang penting kerana di DUN Selangor, kita hanya ada lima kerusi pembangkang sahaja. Kalau kita tambah seorang lagi, seorang yang petah, seorang yang lantang dan seorang yang terbukti keikhlasannya berkhidmat untuk rakyat, saya yakin itu adalah satu pilihan yang tepat.
“Ini memandangkan dalam situasi politik hari ini, di mana kerajaan baru yang secara jelas mengumumkan bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan segala janji-janji mereka, di tambah pula dengan pelbagaj isu lain seperti kos sara hidup yang semakin meningkat dan sebagainya.
“Maka memilih beliau yang terkenal dengan keberanian dan kelantangannya akan dapat membantu menyampaikan suara rakyat, khususnya suara pengundi di DUN ini,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung di dalam program diskusi PRK N49 Sungai Kandis yang akan disiarksn secara langsung melalui facebook Media UMNO Malaysia pada setiap malam, sepanjang tempoh berkempen bertempat di Bangunan UMNO Selangor.
Manakala bagi seorang lagi ahli panel, Dira Abu Zahar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berpandangan bahawa pengundi di DUN Sungau Kandis tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi mereka kepada calon BN pada PRK kali ini.
“Ini kerana seperti yang kita tahu, ini merupakan masa yang terbaik untuk kita sebagai rakyat, khususnya pengundi di Sungai Kandis untuk mempraktikkan demokrasi di mana kini telah timbul kesedaran betapa pentingnya suara rakyat itu untuk didengari pemimpin atasan.
“Saya mewakil generasi muda dan baru di dalam UMNO merasakan ini merupakan peluang terbaik pengundi Sungai Kandis untuk memilih seorang calon, yang bukan semata-mata sekadar mampu memberikan sahaja, tetapi mampu untuk mempertahankan, memperjuangkan masa hadapan rakyat.
“Kita memilih wakil rakyat bukan semata-mata untuk mendapat peruntukkan sahaja, tetapi selain itu kita mesti memilih wakil rakyat yang mampu untuk menyuarakan pandangan rakyat, menegur kerajaan dan sebagainya,” tegasnya.-MediaUMNO