Laungan Keramat UMNO-BN “Bangkit” Azimat Tenggelamkan Laungan “Reformasi” PKR

SHAH ALAM, 22 Julai – Laungan “bangkit” penyokong Barisan Nasional (BN) yang lebih mendominasi menenggelamkan laungan “reformasi” penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekaligus menampakkan aura luar biasa BN sewaktu mengiringi calon masing masing bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Seksyen 19 Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam semalam.

Pemerhati hal ehwal politik tempatan, Ahmad Fauzi Mustafa melihat bahawa betapa serius dan perlunya elemen ‘kebangkitan’ apatah lagi badai yang menimpa parti keramat berusia 72 tahun bukan sahaja memberikan kerosakkan yang teruk, malah hampir menghilangkan segala-galanya.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan calon BN, Datuk Lokman Noor Adam yang berdepan dengan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, dan calon Bebas, K. Murthy dengan pertandingan tiga penjuru.

“Sudah tentu suara ‘kebangkitan’” Lokman yang sarat dengan kata-kata kebenaran dapat membuka minda kepada pengundi DUN Sungai Kandis menilai semula betapa kepincangan janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan tertunai atau sebaliknya. Gunakan tempoh 14 hari berkempen sehabis baik,” katanya memetik dari tulisannya.

Beliau memaklumkan bahawa teriakan ‘bangkit’ penyokong BN berterusan dari jam 8 pagi sebelum masuk ke dewan sehingga pengumuman tamat proses penamaan calon, kira-kira jam 11 pagi itu.

Beliau yang turut berada di tempat berkenaan semalam sempat bertanya seorang penyokong BN, apa perasaan sekarang ?

“Perasaan sekarang UMNO dan BN perlu ‘bangkit’ dari peristiwa lalu.

“Bukan masa untuk bermimpi-mimpi lagi, kerana yang paling penting ialah bagaimana untuk kita terjemahkan laungan ‘bangkit’ ini.

“Menang kalah, itu adat tetapi penerimaan rakyat dan pengundi adalah penting terhadap ‘kebangkitan’ parti ini,” kata pemuda bernama Harith secara spontan.

Katanya, memang bersemangat anak muda ini bersama-sama rakan lain yang datang dari seluruh pelusuk negeri Selangor seperti Shah Alam, Pandan, Gombak, Ampang, Klang dan Sabak Bernam.

Jelasnya, elemen-elemen ‘kebangkitan’ atau ‘bangkit’ dalam konteks perjuangan UMNO-BN perlu dilihat dalam hal tersebut iaitu:

Pertama, bersyukur dengan pencapaian yang sedikit – apabila kita berusaha dan tetap gagal, mungkin yang gagal adalah matlamat yang besar ataupun keputusan akhir. Tetapi, fikirkan dan ingat semula pencapaian kecil menerusi usaha yang dilakukan, tentunya ada pencapaian yang kecil.

Kedua, tetap berfikir positif, tetapi lebih realistik – apabila gagal, pelbagai perasaan negatif akan datang. Mungkin sukar untuk bangun semula tetapi penuhi minda dengan fikiran yang sentiasa positif, perlu berusaha dan mencuba.

Ketiga, belajar sentiasa tanpa jemu – ia proses dan usaha dalam mencapai kejayaan, tidak semestinya keputusan akhir atau matlamat. Ini kerana, kita akan belajar lebih banyak melalui usaha dan proses terbabit walaupun gagal.

Keempat, mempunyai bulatan bimbingan (centre of gravity) yang memahami – konsep ini amat membantu sekiranya mempunyai bulatan bimbingan kenalan yang memahami terutama dari pucuk pimpinan Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan.

Kelima, bersyukur dengan perkara yang lain – sudah tentu rezeki itu semestinya luas. Sekiranya tiada rezeki dalam mencapai matlamat yang diusahakan, mungkin rezeki kita di tempat lain. Soalnya jiwa itu perlu disematkan sebagai seorang yang berjiwa besar.

Sebelum itu, beliau turut mengingati kata-kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas hampir seminggu keputusan PRU14 diketahui, “Dalam kemenangan itu ada kegagalannya….dalam kegagalan itu, sudah pasti ada kejayaannya.”

Sudah tentu katanya, elemen ‘kebangkitan’ itu tersirat dalam kata-kata berkenaan.

Jelasnya, pada waktu yang sama juga, Zahid yang ketika itu Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden turut melontarkan kata-kata dengan penuh keyakinan bahawa UMNO mampu ‘bangkit’ asalkan sedia melakukan perubahan.

“Soal ‘kebangkitan’ atau ‘bangkit’ terus diulangi oleh Ahmad Zahid.
“Kali ini selepas diangkat sebagai Presiden UMNO baharu pada 1 Julai lalu, beliau melaungkan semula bahawa kemenangannya bukan semata-mata individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti.

“Kata Ahmad Zahid lagi, ini adalah manifestasi ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus “Bangkit” untuk relevan dalam pentas politik tanah air.

“Kita sudah bergerak merakyatkan UMNO, kata Presiden parti.” – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit