Calon BN Disambut Meriah, Semarak Jentera Menjelang Penamaan

TAWAU, 11 Sept. – Walaupun penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hanya akan bermula esok namun jentera Barisan Nasional (BN) telah siap siaga dan bersemangat bagi menggerakkan usaha ke arah kemenangan.

Hal tersebut dapat dilihat menerusi sambutan yang ditunjukkan oleh jentera-jentera BN bagi meraikan calon-calon BN selepas pengumuman yang dibuat oleh Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Sambutan meriah di Lapangan Terbang Tawau meraikan kepulangan calon BN iaitu Abdul Manan Indanan yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulabayan, Hamild Awang menjadi calon BN di DUN Balung dan Chaya Sulaiman untuk DUN Kukusan serta Andi Muhammad Surady Bandy bagi DUN Tanjung Batu.

Laungan ‘Tatap BN’, ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Hidup BN’ memeriahkan lagi kawasan pekarangan lapangan terbang terbabit.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 26 September ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.