KDNK Malaysia Berkembang 6.3 -7.5 Peratus Tahun Depan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Agensi-agensi antarabangsa telah mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Kewangan berkata unjuran itu bergantung kepada kejayaan berterusan Malaysia dalam mengurus COVID-19, serta memacu dan memelihara ekonomi ke arah pemulihan dan pertumbuhan.

“Memandangkan Malaysia adalah ekonomi terbuka, sama ada pertumbuhan kita akan bentuk U ataupun V, ia juga tertakluk kepada faktor luaran seperti pemulihan rakan dagang utama kita serta rantaian bekalan global,” kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada acara “Invest Malaysia 2020” yang berlangsung di sini hari ini. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit