Rakyat Sabah Marah… Mahu Ubah Kembali
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, orang Sabah mula dapat melihat parti Warisan sebenarnya adalah alat kepada Pakatan Harapan (PH).
Jelas beliau, ini menyebabkan rakyat Sabah marah kerana nasib mereka semakin tidak terbela.
“Janji 20 peratus royalti minyak untuk Sabah yang dibuat oleh PH ternyata menipu… Orang Sabah marah dengan pemotongan bantuan rakyat, berkurangnya projek Sabah… sijil sementara pendatang, suku kaum tertentu terabai… ini semua menyebabkan rakyat Sabah marah, ” ujar beliau menerusi ciapan di ‘twitter’.
Sejak PH memegang tampuk pimpinan kerajaan setelah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, perubahan positif yang diharapkan oleh rakyat ternyata tidak menjadi kenyataan.
Satu-persatu, rakyat dihidangkan dengan kegagalan PH terutama dalam membela nasib rakyat. Tagline ‘PH menang rakyat senang’ hanya tinggal tagline dan kerana itulah walaupun belum dua tahun PH memerintah, rakyat sudah marah dan benci kepada mereka.
Ini terbukti apabila rasa marah dan benci itu direalisasikan dalam beberapa siri pilihan raya kecil (PRK).
Terbaru, apabila PH kalah teruk di PRK Tanjung Piai. – UMNO ONLINE