Belanjawan Kedah 2020: Peruntukan Exco Naik Tapi Untuk Rakyat Dipotong

ALOR SETAR, 24 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob mempersoalkan kira-kira RM1.6 juta peruntukan diberikan kepada setiap Exco tetapi peruntukan untuk sektor lain pula dipotong.

Menurutnya, beliau tidak mempertikaikan jumlah peruntukan diberikan kepada setiap Exco, sebaliknya mempersoalkan pengurangan peruntukan untuk sektor lain dan cara bajet dibuat.

Dimaklumkan, peruntukan kepada exco tersebut diletakkan secara khusus di dalam Belanjawan Kedah 2020 kali ini.

“Jumlah itu adalah kenaikan RM7 juta perbezaan berbanding tahun sebelumnya dan difahamkan tidak ada perbelanjaan seperti itu oleh mana-mana pentadbiran sama ada PAS mahupun BN sebelum ini.

“Sebagai contohnya, pertanian dikurangkan kepada hanya RM3 juta sahaja , JPS untuk tebatan banjir dipotong kepada hanya RM3 juta, veterinar biasanya RM7 juta tinggai RM2.5 juta sedangkan pengurangan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bidas beliau, untuk kegunaan ini saja habis ditarik perbelanjaan lain.

“Sepatutnya carilah duit lain mai. Belanjawan dikatakan berhemah, tapi dimana berhemahnya?”

Menurut beliau, Belanjawan Kedah 2020 dibuat terlalu awal berbanding negeri lain.

“Ini adalah pelik kerana belanjawan negara masih di dalam proses perbahasan di peringkat persekutuan. Bagaimana peruntukan persekutuan kepada Kedah diumumkan terlebih dahulu walaupun belanjawan tersebut masih dalam proses perbahasan dan belum diluluskan

“Kebiasaannya kita bentang pada November iaitu selepas belanjawan nasional, tapi kenapa tahun ini kita buat pada Oktober?”

Bidas beliau lagi, sebab itu juga Menteri Besar Kedah tidak boleh membentangkan ‘performance’ belanjawan lepas.

“Ini kerana perbelanjaan belum habis. Biasanya kita buat bajet, perbelanjaan dah ‘lock in’, dah tak boleh ‘claim’, tapi semasa pembentangan Belanjawan 2020 kali ni, perbelanjaan masih boleh proses ‘claim’… maka, kita tak akan nampak pelaksanaan sudah berapa peratus dah selesai,” katanya. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit