Dap Seperti Kaduk Naik Ke Junjung – Ahmad Zahid

 

SUNGAI BESAR, 3 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perancangan Dap sangat licik untuk menjatuhkan umat Melayu dan Islam.

Beliau berkata, agenda Dap sangat halus untuk memikat hati orang Melayu dan apabila mereka (Dap) mendapat kuasa mereka mahu menghapuskan dan mematikan sosial budaya orang Melayu.

“Bila kuasa diberikan kepada mereka (Dap) kita lihat bahawa agenda-agenda halus untuk mematikan Islam Melayu dan menyingkirkan ukuran-ukuran yang mempunyai sosial yang berbeza dibuat.

“Mereka dengan secara halus telah menghina Islam dan menyekat Islam seperti memo tidak boleh melakukan sembahyang Jumaat… malah pada yang menghina Nabi, kenapa tidak diambil tindakan?” soalnya semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar, pada hari ini.

Katanya, sejak pentadbiran kerajaan baru, bermacam-macam tragedi berlaku ke atas umat Islam malah kepimpinan baru ini tidak menghiraukan hati nurani umat Islam yang terluka akibat perbuatan dari pemimpin-pemimpin mereka mahupun penyokong tegar Dap.

“Dap seperti kaduk naik ke junjung… seperti cacing dalam kelambu naik ke mata telah dapat betis tapi mahu naik ke peha.

“Mereka menagih jawatan-jawatan penting diberikan kepada mereka, maka perjanjian secara konvensional atau bertulis maka kementerian-kementerian yang penting dipegang oleh Dap?”

Ahmad Zahid menambah jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan semuanya diambil oleh Dap agar pemimpin-pemimpin Melayu yang berjawatan tunduk dan akur dengan kehendak mereka.

Mengenai perjuangan komunis, ada gerakan ingin mengubah persepsi komunis untuk dianggap sebagai pejuang kemerdekaan menentang British.

“Berapa ramai tentera dan polis yang meninggal, berapa ramai yang menjadi janda… menjadi tapi hari ini ingin mengubah persepsi ini.

“Langkah mayat orang UMNO, langkah mayat orang Melayu, langkah mayat orang India dan Cina yang tidak boleh menerima ini.”

Zahid juga mempertikaikan tindakan Dap  untuk memecahkan UMNO dan hingga tertubuhlah PPBM yang mengakibatkan 10 peratus pengundi melayu yang mengundi UMNO dan PAS berpindah arah.

“Siapakah yang merancang? Dap yang merancang semuanya.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan PH ini kerana ianya berlatarbelakangkan cadangan Dap yang telah menyebut bahawa jika pembangkang mahu menang, mereka harus mencuri 10 peratus pengundi-pengundi Melayu dan memecahkan PAS dari dalam.

“PAS sudah terpecah dengan wujudnya Amanah maka inilah kerajaan baru hari ini.” – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit