Buat Baik Demi Negara, Rakyat Tapi Difitnah… Najib Jawab Propaganda PH
PROPAGANDA itu begini: “Menurut akhbar The Wall Street Journal, Najib menghabiskan AS$15 juta (RM58.8 juta) bagi percutian, membeli-belah dan barangan kemas. Perbelanjaan dilakukan di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan di beberapa tempat lain.”
Itulah propaganda terhadap saya yang dikeluarkan pada tahun 2016.
Turut dibutirkan oleh mereka apa yang dimaksudkan AS$15 juta (RM50 juta) ini:
1) AS$56,000 (RM220,000) untuk membeli kereta mewah pada tahun 2011.
2) 750,000 Euro (RM3.3 juta) untuk membeli barang kemas di Italy pada bulan Ogos 2014
3) AS$130,625 (RM512,000) untuk membeli barangan jenama Chanel di Hawai, Amerika pada 22 Disember 2014
4) A$14 juta (RM55 juta) yang dibayar kepada syarikat Jakel Trading dalam tempoh tahun 2011 hingga 2014.
Semuanya genap-genap AS$15 juta.
Saya jawab satu-persatu.
1) Saya rasa RM220,000 itupun tak cukup nak beli Velfire atau Alphard di Malaysia. Tentu tidak juga untuk kereta Bugatti atau Mercedes. So, kereta yang mewah mana?
Walaupun syarikat itu dinamakan Signature Exotic Car, mereka sebenarnya adalah penjual kereta terpakai dan reconditioned biasa.
(Paling saya tak tahan ialah dia kata kereta harga RM220,000 tapi gambar dalam propaganda mereka ialah kereta Roll-Royce. Pelik ada juga yang percaya.)
2) Saya telah jelaskan pembelian RM3.3 juta yang dibeli menggunakan kad kredit saya di Italy masa itu. Permaisuri kerabat raja negara itu yang tulis kepada isteri saya kerena barang kemas adalah untuk beliau dan rombongan mereka.
https://www.facebook.com/…/a.2947874309…/10156209891610952/…
Nama penerima dan negara mana akan didedahkan dalam Mahkamah tak lama lagi. Lepas dedah, bolehlah tulis surat untuk tanya mereka.
3) RM512,000 untuk beli barangan Chanel di Hawai ini dilakukan pada masa saya main golf dengan Presiden Obama dan bertemu dengan rombongan beliau masa itu. Lagi banyak akan dijelaskan apabila isu ini timbul di mahkamah tak lama lagi.
Masa itu saya dikritik hebat kerana saya main golf dengan Obama semasa Kelantan dilanda banjir yang teruk.
Kebenarannya ialah persetujuan dengan presiden Obama untuk bermain golf ini telah dibuat berbulan-bulan sebelum tarikh itu.
Kita tak main wassap “Eh bro, jom golfing?” dan terus kita bertemu di padang golf.
Dan bukan setakat main golf sahaja tetapi ada juga perbincangan tentang isu-isu ekonomi dan keselamatan yang lain masa itu.
Sebelum saya bertolak ke Hawai, saya telah membuat lawatan untuk memantau penyediaan usaha banjir dan tugas operasi bencana banjir juga telah diserahkan kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Negara masa itu.
Dan sehari selepas saya bermain golf dengan Obama, saya terus bertolak dari Hawai untuk menuju ke Kelantan
4) Jelas kita lihat bahawa bahagian paling besar – iaitu AS$14 juta dari A$15 juta itu adalah dibelanjakan di Syarikat Jakel.
Masa itu, pemimpin PH melontar pelbagai fitnah terhadap saya tentang ini:
Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? DAP buat laporan polis.
https://www.malaysiakini.com/news/336426
Fitnah turut dikeluarkan oleh Raja formula Malaysia:
https://www.freemalaysiatoday.com/…/rafizi-wont-back-down-…/
Alhamdulillah!
Kerana langkah tak masuk akal kerajaan PH untuk mengeluarkan saman sivil lucut hak, syarikat Jakel terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan.
Syarikat Jakel Trading keluarkan kenyataan bahawa wang yang disebut AS$14 juta (RM55 juta) yang mereka terima dari akaun saya adalah bayaran untuk penjualan.
Untuk membekalkan kain jubah bagi semua program-program amal (untuk imam, tahfiz dan termasuk 7 ribu masjid-masjid di seluruh negara dan juga untuk bekalan kain untuk mangsa-mangsa banjir antara tahun 2011 dan 2014).
https://www.malaysiakini.com/news/480736
Itu lah di mana AS$15 juta (RM60 juta) itu digunakan walaupun tuduhan mereka ialah wang ini digunakan Najib untuk “percutian, membeli-belah dan barangan kemas.”
Saya buat baik demi Rakyat dan negara tapi saya difitnah pula.
Saya juga tengok penyokong PH masih tertanya-tanya tentang pembelian RM3.3 juta kad kredit untuk akaun saya walaupun saya dah jelaskan bersama dokumen dan identiti siapa yang dihadiahkan serta penjelasan penuh akan didedahkan dalam mahkamah tak lama lagi.
Tapi saya pelik juga kenapa penyokong PH tak tanya-tanya kenapa pula Kementerian Kewangan kerajaan Arab Saudi telah memasukkan sekurang-kurangnya RM304 juta dalam akaun peribadi yang sama itu walaupun ini pun telah disahkan di mahkamah?
https://www.malaysiakini.com/news/474209
Adakah angka RM3.3 juta itu jauh lebih besar dari RM304 juta?
Mantra penyokong PH dah tukar dari RM2.6b, RM2.6b menjadi RM3.3j, RM3.3j ke?
Jauh bezanya juga. – MediaUMNO