Khidmat Bakti Berterusan, S. Leza Terus Dekati Masyarakat Pilah

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Keprihatinan terhadap masyarakat setempat terus dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, S. Leza Md Yasin yang terus meluangkan masa mendekati masyarakat menerusi pelbagai aktiviti ziarah dan kebajikan.

Terbaharu beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan kunjungan beliau ke Taman Bukit Intan bagi menyantuni dua keluarga yang kehilangan insan tersayang.

“Berkesempatan meluangkan masa mengadakan lawatan dan ziarah takziah kepada dua buah keluarga di Taman Bukit Intan yang telah kehilangan insan tersayang beberapa hari yang lalu.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi hantaran berasingan, S. Leza turut memaklumkan mengenai kunjungan penduduk ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah bagi menyampaikan pelbagai aduan yang memerlukan perhatian.

Katanya, setiap perkara yang disampaikan akan diberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

“Menerima kunjungan masyarakat DUN Pilah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah bagi mendengar aduan, permasalahan serta isu-isu yang dibangkitkan.

“Setiap suara dan keluhan masyarakat akan diberi perhatian sewajarnya demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terbela,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pertemuan bersama pegawai Pejabat Daerah Kuala Pilah bagi bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan masyarakat setempat.

“Mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Kuala Pilah di Pejabat Daerah Kuala Pilah.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan dan kepentingan masyarakat di daerah Kuala Pilah. Semoga hubungan kerjasama dan penyelarasan antara agensi terus diperkukuh,” katanya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO