Selamat Hari Deepavali, Pelihara Keharmonian Masyarakat

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia, khususnya keluarga besar beliau di Bagan Datuk.

Beliau berkata kepelbagaian latar belakang masyarakat di negara ini merupakan keindahan Malaysia yang perlu terus dihargai dengan berkongsi kegembiraan, saling menghormati dan menjaga hubungan sesama masyarakat.

“Inilah keindahan Malaysia yang kita cintai. Walaupun datang daripada latar yang berbeza, tetapi kepelbagaian inilah yang mengajar kita untuk terus berkongsi kegembiraan, saling menghormati dan menjaga hubungan sesama masyarakat,” katanya menerusi ucapan sempena sambutan Deepavali.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata keharmonian masyarakat perlu terus dipelihara kerana itulah kekuatan sebenar negara.

“Bersama-samalah kita terus memelihara keharmonian ini kerana di situlah letaknya kekuatan sebenar negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau bersama seisi keluarga turut mendoakan agar sambutan Deepavali tahun ini membawa kebahagiaan dan kenangan indah bersama keluarga serta insan tersayang.

“Happy Deepavali saya ucapkan buat semua yang menyambutnya. Semoga sambutan tahun ini membawa kebahagiaan dan kenangan yang indah bersama keluarga serta insan tersayang,” katanya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO