Azalina Harap Kepentingan Negara, Kestabilan Institusi Terus Terpelihara

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap setiap urusan dan pertimbangan berkaitan negara terus memelihara kepentingan negara, kestabilan institusi serta kesejahteraan rakyat.

“Semoga setiap urusan dan pertimbangan yang dibuat terus memelihara kepentingan negara, kestabilan institusi serta kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Azalina berkata demikian selepas menghadiri Pra Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-273 di Istana Negara, semalam.

Beliau berkata, kehadirannya dalam mesyuarat berkenaan merupakan satu amanah penting bagi memastikan perkara yang memerlukan pertimbangan undang-undang dan perlembagaan diteliti dengan sebaiknya.

Menurutnya, tanggungjawab itu dilaksanakan selaras dengan kerangka Raja Berperlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO