Menteri Luar Malaysia Zahir Kecaman Serangan Terhadap Arab Saudi Dalam Perbualan Denagn Rakan Sejawat

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan kecaman Malaysia terhadap serangan yang menyasar orang awam dan kemudahan awam di Arab Saudi kepada rakan sejawatnya dari Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud, di tengah-tengah krisis yang semakin memuncak di Asia Barat.

Kementerian luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa kedua-dua menteri membincangkan isu-isu utama berkaitan krisis di Asia Barat, termasuk situasi di Arab Saudi, menerusi perbualan telefon pada Isnin (12 Okt).

“Menteri Luar mengecam sekeras-kerasnya serangan yang menyasar orang awam dan kemudahan awam di Arab Saudi,” menurut Wisma Putra dalam satu hantaran di X pada Selasa.

Kementerian itu menyatakan Mohamad menegaskan solidariti Malaysia bersama Arab Saudi dan ‘menyampaikan ucapan takziah serta simpati atas kehilangan nyawa dan mendoakan kesembuhan segera bagi mereka yang cedera.”

“Beliau turut menggesa semua pihak agar berusaha mencapai penyelesaian secara aman menerusi dialog dan diplomasi ke arah memulihkan keamanan, keselamatan dan kestabilan yang berpanjangan di rantau berkenaan,” kata kementerian itu.

Sementara itu, Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan Mohamad menyatakan sokongan Malaysia terhadap semua langkah yang diambil oleh kerajaan itu bagi memelihara kedaulatan, keselamatan dan kestabilannya, serta melindungi warganegara dan penduduknya.

Kementerian berkenaan berkata kedua-dua menteri turut menyemak hubungan dua hala dan membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa, serta beberapa isu kepentingan bersama.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terbunuh dan 309 lagi cedera dalam serangan pada Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid.

Riyadh berdepan serangan Houthi secara berterusan sejak beberapa hari belakangan ini, dengan serangan ke atas lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid selama dua hari memaksa penggantungan. – BERNAMA

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO