Kem Mobilisasi Khas Pahang 1st Pemimpin Masyarakat Pahang

BENTONG 7 Oktober — Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Kem Mobilisasi Khas Pahang 1st Pemimpin Masyarakat Pahang di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik, Bentong. Kem ini penting untuk kita duduk bersama, bertukar pandangan dan memperkemas gerak kerja. Pemimpin masyarakat mempunyai peranan strategik kerana berada paling dekat dengan rakyat, iaitu menjadi penghubung antara kerajaan dengan masyarakat, menyampaikan maklumat, memahami keperluan setempat dan membantu mencari penyelesaian kepada isu di peringkat komuniti.

