Guan Eng, Sudah Sudahlah!
DARI awal saya katakan Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangan ini paling teruk dalam sejarah pentadbiran negara. Semalam, beliau telah meminta tindakan diambil atas dakwaan kononnya KKDW berbelanja melebihi peruntukan sehingga RM2.1 bilion.
Pada saya, kalau benar ada wang dibelanjakan tanpa kelulusan, kemukakan bukti. Kalau benar ada tatacara kewangan yang dilanggar, nyatakan tatacara mana yang dilanggar.

Untuk para pembaca saya cuba ringkaskan.
Pertama. Berulang kali Guan Eng menyebut KKDW “terlebih belanja”. Beliau mungkin merujuk kepada angka yang pernah dikemukakan Kementerian Kewangan sebelum ini. Tetapi angka dan tafsiran berhubung perkara itu telah diperhalusi antara kementerian berkaitan sejak kebelakangan ini.
Hari ini, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sendiri menyatakan secara terang bahawa isu berhubung dakwaan perbelanjaan KKDW itu telah SELESAI.
Jadi persoalannya mudah: kalau perkara itu telah diperjelaskan dan diselesaikan di peringkat Kementerian Kewangan dengan KKDW, atas asas apa pula mahu terus digambarkan seolah-olah berlaku penyelewengan?
Kedua, SPRM turut menjelaskan bahawa setakat ini tiada aduan diterima berhubung perkara tersebut dan siasatan akan dibuat sekiranya ada aduan.
Macam mana aduan hendak dibuat sedangkan kedua-dua Kementerian telah mengemukakan penjelasan masing-masing dan hari ini Kementerian Kewangan sendiri mengatakan isu tersebut telah selesai?
Sebab itu saya kata Guan Eng dah terperangkap dengan kenyataan dia sendiri. Kita tahu dia cuba untuk menggugat kredibiliti Datuk Seri Zahid dengan cuba membina gambaran seolah-olah terdapat satu kes besar melibatkan KKDW. Ternyata sekali lagi dia GAGAL sepertimana dia pernah GAGAL masa jadi Menteri Kewangan dulu.
Guan Eng tahu bahawa isu ini melibatkan periuk nasi ramai orang Melayu, termasuk kontraktor Bumiputera dan ada di antara mereka yang bergantung kepada projek pembangunan luar bandar. Sebab itu saya betul-betul tak faham kenapa setiap kali melibatkan orang kampung khususnya kontraktor Melayu dan Bumiputera, ada je tak kena di mata Guan Eng. Sudah-sudahlah.
So.. Guan Eng, if you have nothing good to say, perhaps it is better not to say anything at all. As for your own case, it is best to focus on yourself first and hopefully, there is some light at the end of the TUNNEL.

Fadzmel Fadzil
