Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Dan Alat Pemadam Api

BEIRUT 30 Sept–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan peralatan perubatan dan alat pemadam api sumbangan MALBATT kepada Civil Defense Lubnan yang diwakili oleh Brigadier General Imad Khreich, General Director of Civil Defense di Kedutaan Besar Malaysia hari ini.
Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia dalam menyokong kebajikan, bantuan kemanusiaan dan keamanan di Lubnan.

