Melancarkan Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas Berkapasiti 2 Megawatt

IPOH 28 Sept–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Loji Tenaga Boleh Diperbaharui Biogas berkapasiti 2 Megawatt (MW) di Tapak Pelupusan Sanitari Lahat, Ipoh.
Melalui teknologi ini, gas metana yang terhasil daripada sisa di tapak pelupusan dikumpulkan dan dimanfaatkan untuk menjana tenaga elektrik.

