TPM Rasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2026

KUALA LUMPUR 25 September — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir dan merasmikan Global Halal Summit (GHaS) 2026 di MITEC Kuala Lumpur.Beliau turut mengumumkan penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia sebagai satu lagi langkah memperkukuh diplomasi halal antara kedua-dua negara. Kerjasama Malaysia-Indonesia ini akan menjadi permulaan kepada usaha membentuk ASEAN Halal Council sebagai kerangka kerjasama halal serantau yang lebih tersusun.

