Lawatan Kerja Ke Rota Guido S.R.L.

CREMONA 23 Sept–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama delegasi Pahang meneruskan lawatan kerja berkaitan sektor penternakan di Itali dengan mengunjungi Rota Guido S.R.L. di sini hari ini.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada usaha memahami dengan lebih dekat teknologi, sistem pengurusan dan amalan terbaik yang digunakan dalam pembangunan industri kerbau tenusu moden di Itali.

