Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib
PUTRAJAYA, 18 Sept — Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah bersidang pada 18 September 2026.
Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Pengampunan berkenaan menetapkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.
Beliau juga hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya gagal mematuhi mana-mana syarat tersebut, pengampunan bersyarat itu terbatal serta-merta dan beliau hendaklah meneruskan baki hukuman di penjara. — UMNO Online
