MARA Pacu 55 Syarikat Bumiputera Ke Pasaran Global
KUALA LUMPUR, 18 Sept – Sebanyak 55 syarikat Bumiputera berjaya menembusi 16 buah negara menerusi program khas Majlis Amanah Rakyat (MARA), Gate To Global (GTG), dengan merekodkan transaksi jualan berjumlah RM1.038 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan usahawan Bumiputera untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran antarabangsa.

“Melalui program khas MARA ‘Gate To Global’, 55 syarikat Bumiputera berjaya tembusi 16 buah negara dengan rekod transaksi jualan RM1.038 bilion daripada Januari hingga Ogos 2026,” katanya.
GTG merupakan program berpakej MARA yang membangunkan keupayaan eksport usahawan Bumiputera melalui pembangunan kapasiti, pembangunan produk, promosi pasaran serta misi perdagangan dan jaringan perniagaan antarabangsa.
Inisiatif tersebut dilaksanakan bagi memastikan lebih ramai usahawan Bumiputera bukan sekadar jaguh kampung, tetapi mampu bersaing di peringkat antarabangsa. – UMNO Online
