PAU 2026: Julung Kali, Penerangan UMNO Iktiraf Pahlawan Media
KUALA LUMPUR, 9 Sept — Buat julung kalinya, golongan yang terlibat dalam gerak kerja media dan penerangan UMNO diberi pengiktirafan khusus atas komitmen, kreativiti serta sumbangan mereka dalam membantu memperkukuh gerak kerja parti, khususnya dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.
Inisiatif berkenaan dilaksanakan oleh Majlis Penerangan UMNO Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menerusi Majlis Pengiktirafan Penerangan dan Media yang bertemakan “Mengangkat Naratif, Menghargai Perjuangan”.

Majlis yang berlangsung hari ini di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur itu menjadi platform rasmi untuk menghargai para pahlawan media dan penerangan parti yang berada di belakang tabir dalam menggerakkan penyampaian maklumat, membentuk naratif serta mendekatkan perjuangan UMNO dan BN kepada rakyat.
Pengiktirafan tersebut turut diberikan kepada individu, pasukan, Bahagian, calon serta penggiat media yang menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasakan ekosistem penerangan UMNO dan BN.

Senarai Pemenang:
Grafik / Infografik
Mirzan Akmal Ghazali (Hang Tuah Jaya)
Penulisan Politik Terbaik
Abd Rahim Hilmi (Terbuka)
Artikel Media Massa Terbaik
Muhammad Luqman Mohd Abdul Latif (Pasir Gudang)
Video Penerangan Terbaik
Sam Suhaid (Kluang)
Inovasi AI Penerangan Terbaik
Indraputra Ibrahim (Pasir Gudang)
Media Calon Terbaik PRN Johor
Muhammad Aizuddin Samni (Benut)
Media Calon Terbaik PRN Negeri Sembilan
Edi Mohd Ezzam Mohammad
Ikon Media Sosial Terbaik
Nooramirah Binti Md Derus (Hang Tuah Jaya)
Sam Suhaid (Kluang)
Shahrol Azizie Bin Azmi (Kluang)
Penerangan Bahagian Terbaik
1. Ahmad Shahrir Shafie (Perak – Tanjung Malim)
2. Rashidi Mohamad Bin Awang (Kedah – Pendang)
3. Ahmad Solehin Bin Abd Ghani (Johor Bahru – Johor Bahru)
4. Muhammad Syafiq Bin Mat (Kelantan – Machang)
5. Adam Bin Ahmad (Pahang – Temerloh)
6. Datuk Rohazam (Melaka – Hang Tuah Jaya)
7. Abd Rahim Hj Jalani (Sabah – Kimanis)
8. Tuan Hj Wahid Bin Amat (W.P – Seputeh)
9. Mohd. Syahbazi Bin Abdul Manaf (N.Sembilan – K.Pen Pemuda Negeri Sembilan)
10. Mohd. Supian Museri (Terengganu – Kemaman)
Ketua Penerangan Bahagian Terbaik
Azmee Masrus (Selayang)
ANUGERAH KHAS :
1. Datuk Othman Desa (Pengerusi UMNO Veteran Malaysia)
2. Dato’ Mohamed Hadi Putera bin Halim
3. Datuk Hayati Hamzah
4. Nik Suriyani Megat Deraman
5. Hafiz Ariffin (Sembrong)
6. Shamellia (K.Pen Puteri UMNO Malaysia)
7. Alif Johari (Rembau)
8. Wan Mahussin Wan Zain
9. Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim (Batu)
Ikon Media Sosial Terbaik
Hafiz Ariffin
Anugerah Tokoh Penerangan UMNO
Datuk Seri Dr. Wan Rosdy Wan Ismail – UMNO Online
