Pra-PAU 2026 Bermula Hari Ini… Jom Hadir Dan Ikuti Siaran Langsung!
KUALA LUMPUR, 8 Sept – Bahang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 semakin terasa apabila Pra-PAU 2026 bermula hari ini di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dengan pelbagai program menarik yang mengangkat agenda agama, pendidikan, wanita dan masa depan masyarakat Melayu.
Pra-PAU 2026 menampilkan tiga program utama iaitu Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia 2.0, Konvensyen Pendidikan Melayu 2026 serta Forum Wanita, A.I dan Ekonomi Digital.

Program-program ini menghimpunkan tokoh agama, ilmuwan, pemimpin dan penggerak masyarakat bagi membincangkan pelbagai isu semasa serta memperkukuh agenda perjuangan dan masa depan bangsa.
Orang ramai dialu-alukan untuk hadir sendiri ke dewan bagi mengikuti program-program Pra-PAU 2026 dan merasai sendiri kemeriahan serta pengisian yang disediakan.
Bagi yang tidak berkesempatan hadir ke WTCKL, jangan risau kerana keseluruhan program juga boleh diikuti secara dalam talian menerusi siaran langsung.
• Multaqa Ilmuan Islam Malaysia
• Konvensyen Pendidikan Melayu 2026
• Voice of HER Forum 2026
Sama ada hadir bersama-sama di WTCKL atau menonton dari mana sahaja secara dalam talian, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan dan pengisian menarik menjelang PAU 2026 dan semarakkan bahang perjuangan UMNO. – UMNO Online
