Ismail Lasim Angkat Sumpah MKT UMNO Baharu

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang baharu, sebentar tadi.

Ismail, 67, mengangkat sumpah hadapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta kepimpinan MKT yang lain pada mesyuarat MKT yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, di sini.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung awal bulan ini, Ismail memenangi kerusi DUN Juasseh dengan majoriti 4,091.

Beliau memperoleh 6,907 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Aidil Abdullah yang memperoleh 2,816 undi dan calon Bersatu, Mohd Zuhaimi Md Yusof dengan 506 undi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO