Maulidur Rasul Ruang Hayati Akhlak dan Amanah Rasulullah – Azalina

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengajak seluruh umat Islam menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai ruang untuk menghayati akhlak, kepimpinan dan kasih sayang yang ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, nilai yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW wajar dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian, khususnya dalam membina masyarakat yang saling menghormati, berbuat kebaikan serta menjaga amanah.

“Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati kembali akhlak, kepimpinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Azalina turut menyeru umat Islam agar terus meneladani sunnah Baginda dalam membentuk kehidupan bermasyarakat yang harmoni, penuh ihsan dan saling menghormati.

“Marilah kita meneladani sunnah Baginda dalam membina masyarakat yang saling menghormati, berbuat kebaikan dan menjaga amanah sesama insan,” katanya.

Beliau turut menyampaikan ucapan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam serta berharap penghayatan terhadap sirah dan sunnah Rasulullah SAW terus menjadi asas dalam membentuk masyarakat yang lebih baik. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO