Mohamad Hasan Angkat Sumpah ADUN Rantau, Kunjungan Hormat Kepada Menteri Besar
SEREMBAN, 24 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini menyaksikan Datuk Seri Mohamad Hasan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau (N27).
Istiadat angkat sumpah berkenaan berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-16, Datuk Seri Dr Awaludin Said.

Selesai istiadat tersebut, Ismail turut menerima kunjungan hormat daripada Mohamad.
Ujarnya, pertemuan berkenaan menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Negeri Sembilan.
“Pertemuan ini menjadi ruang untuk kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Negeri Sembilan serta usaha memperkukuh pentadbiran dan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya. – UMNO Online
