Teruskan Momentum, Tarik Lebih Banyak Pelaburan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan momentum untuk menarik lebih banyak pelaburan bagi merancakkan lagi ekonomi negeri.

Ujarnya, usaha untuk menarik pelaburan memerlukan pasukan yang bergerak seiring dan mempunyai matlamat sama.

“Kerja menarik pelaburan bukanlah kerja satu pihak sahaja. Ia memerlukan satu pasukan bergerak seiring, saling melengkapi dan mempunyai matlamat yang sama.

“Malam tadi saya dapat bersama-sama dalam InvestPerak Appreciation Dinner 2026 bagi menghargai mereka yang selama ini banyak membantu dalam membawa masuk pelaburan serta membuka lebih banyak peluang ekonomi ke Negeri Perak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga untuk menarik pelaburan ke Negeri Perak.

“Turut diraikan jabatan dan agensi yang sentiasa memberi kerjasama, selain insan-insan yang pernah menabur jasa serta menyumbang kepada perjalanan InvestPerak sehingga ke tahap hari ini.

“Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Insya-Allah, kita teruskan momentum membawa lebih banyak pelaburan, peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi untuk rakyat Perak,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO