Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
BAHAU, 26 Julai – Momentum sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang terus menunjukkan perkembangan positif apabila sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen semakin menggalakkan.
Calon BN dan penyandang bagi kerusi DUN itu Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, melepasi hari ketujuh kempen, beliau melihat keyakinan rakyat terhadap BN semakin terserlah apabila setiap kunjungan ke lokaliti dan kawasan komuniti disambut dengan penuh semangat.

“Saya pergi ke semua lokasi dan lokaliti, nampaknya sokongan terhadap Barisan Nasional positif. Rata-rata bila saya sampai disambut “gelombang biru, gelombang biru”. Jadi nampaknya anak-anak muda, orang kampung semua sekarang ini menantikan gelombang biru tu melanda di Negeri Sembilan.
“Insya-Allah, 1 Ogos nanti mereka akan terjemahkan di kertas undi, insya-Allah,” katanya ketika mengulas mengenai perkembangan kempennya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini.
Tambah Mohd Zaidy lagi, momentum sokongan amat ketara di kawasan FELDA yang majoriti penerokanya berasal dari Johor.
“Nampak kuasa momentum ini paling ketara di kawasan FELDA. Rata-rata peneroka di sini berasal dari Johor. Jadi kita lihat gelombang Johor itu turut sampai ke sini. Insya-Allah, kita harap momentum ini dapat diterjemahkan melalui undi pada 1 Ogos nanti,” ujarnya.

“Insya-Allah kita doakan ada tempoh berapa hari lagi ini untuk tamatkan kempen kita pada 31 haribulan (Julai) ini. Saya harap masa yang ada ini diguna sebaik mungkin, jumpa masyarakat dan pengundi sebanyak yang mungkin, agar kita dapat meraih undilah untuk 1 Ogos nanti, insya-Allah,” katanya lagi.
Mengulas gerak kerja kempen, Mohd Zaidy memaklumkan sehingga kini kira-kira 75 peratus kawasan telah berjaya disantuni, manakala baki lokaliti akan diselesaikan dalam beberapa hari terakhir sebelum kempen berakhir.
Katanya, fokus minggu terakhir kempen adalah untuk mendekati lebih ramai pengundi muda menerusi pelbagai program yang bersesuaian dengan minat golongan tersebut.
“Kita akan bertemu anak-anak muda melalui pelbagai aktiviti seperti sepak takraw, futsal, neon walk, bola jaring dan program-program lain.,” katanya.
“kita akan jumpa anak-anak muda dengan program sukan contohnya sepak takraw, futsal, neon walk, netball dan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan anak muda.
“Anak muda sukakan aktiviti sukan, jadi pendekatan ini memberi peluang kepada kita untuk lebih dekat dengan mereka,” katanya lagi.
Manakala bagi pengundi yang berada di luar kawasan, Mohd Zaidy berharap mereka dapat mengikuti perkembangan di media sosialnya yang aktif memaparkan aktiviti-aktiviti sejak dahulu lagi, bukan ketika kempen PRN ini sahaja. – UMNO ONLINE
