Mohamad Hasan Hadiri Sidang Pleno ASEAN, Adakan Mesyuarat Dua Hala Dengan Australia Di Manila
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memulakan jadual rasmi beliau di Manila, Filipina hari ini dengan menghadiri sesi pleno Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Ke-59.
Ujarnya yang juga Timbalan Presiden UMNO, menerusiMesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri Republik Filipina, Ma. Theresa P. Lazaro. Dalam sesi berkenaan, Mohamad turut menyampaikan kenyataan rasmi Malaysia mengenai pelbagai isu serantau dan kerjasama ASEAN.

Sejurus selepas sidang pleno, beliau mengadakan Mesyuarat Dua Hala Malaysia-Australia bersama Menteri Luar Australia, Penny Wong.
Menurut Mohamad menerusi hantaran di laman Facebooknya, pertemuan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan, keterjaminan makanan serta beberapa sektor strategik lain.
Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN Ke-59 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung di Manila dari 20 hingga 24 Julai.
Mesyuarat tersebut menghimpunkan menteri-menteri luar ASEAN dan rakan dialog bagi membincangkan isu-isu serantau, memperkukuh kerjasama pelbagai hala serta meningkatkan hubungan strategik antara negara-negara anggota dan rakan antarabangsa. – UMNO Online
