Himpunan Anak Muda Semarak Semangat Kebersamaan Melalui Aktiviti Kemasyarakatan

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Himpunan anak muda bukan sekadar berkonvoi di jalan raya, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan melalui aktiviti kemasyarakatan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah hadir ke majlis penutup Konvoi Pemuda AG 3.0 pada Ahad.

“Alhamdulillah, saya telah bersama-sama Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berkongsi pentas meraikan peserta Konvoi Pemuda AG 3.0 yang melabuhkan tirainya di Pantai Tanjung Bidara.

“Hadir sama, Datuk Fairul Nizam Roslan Along, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah bersama-sama barisan kepimpinan negeri.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada saudara Amirul Basiron, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah dan seluruh jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan penuh cemerlang,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka berkata, Konvoi Pemuda AG 3.0 menjadi simbol kebangkitan, kekuatan dan iltizam anak muda Alor Gajah untuk terus maju bersama aspirasi Kerajaan Negeri Melaka.

“Konvoi ini membuktikan bahawa himpunan anak muda bukan sekadar berkonvoi di jalan raya, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang menyantuni rakyat dan mengeratkan ukhuwah dalam komuniti.

“Konvoi Pemuda AG 3.0 bukan sekadar sebuah konvoi, tetapi simbol kebangkitan, kekuatan dan iltizam anak muda Alor Gajah untuk terus maju bersama aspirasi Kerajaan Negeri Melaka. Syabas anak muda,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO