Perkasa Aplikasi Digital, Manfaat Teknologi Demi Kemenangan PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN, 21 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lassim menyeru jentera parti memanfaatkan sepenuhnya aplikasi digital bagi memperkukuhkan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, penganjuran Program JR Digital Wanita Negeri Sembilan yang dilaksana semalam mampu melahirkan lebih ramai jentera dalam memahami penggunaan teknologi dan aplikasi digital selaras dengan keperluan politik semasa.

Menurutnya, ketika ini seluruh jentera parti perlu bergerak seiring dengan arus teknologi kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah dibubarkan dan PRN akan berlangsung pada 1 Ogos depan.

“Gunakan tempoh yang ada ini sebaik mungkin untuk mengaplikasikan segala ilmu dan dapatan yang diperoleh melalui program ini bagi memperkukuhkan parti serta menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih berkesan,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian penutup Program JR Digital Wanita Negeri Sembilan.

Ismail turut mengingatkan bahawa masa yang tinggal sebelum hari pengundian adalah singkat dan setiap ahli jentera perlu memainkan peranan secara aktif dalam memastikan mesej parti sampai kepada pengundi.

Beliau menegaskan kemenangan PRN Negeri Sembilan perlu menjadi matlamat utama seluruh jentera parti.

“Kita tiada pilihan selain berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional pada PRN Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob bersama JR Wanita UMNO Negeri Sembilan.

Turut bersama dalam program tersebut ialah Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid dan Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob bersama JR Wanita UMNO Negeri Sembilan. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO