SPR Tetapkan PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sementara hari pengundian PRN Negeri Sembilan pula pada 1 Ogos.
Tarikh penamaan calon PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun dan tarikh pengundian awal pada 7 Julai sementara untuk PRN Negeri Sembilan, penamaan calon adalah pada 18 Julai dan tarikh pengundian awal pada 28 Julai.

Terdahulu SPR telah mengadakan mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Ramlan Harun membincangkan tarikh penting dan perkara berkaitan PRN Johor dan Negeri Sembilan di Menara SPR.
Terdahulu, pada 1 Jun, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor melibatkan 56 kerusi, setelah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Kemudiannya pada 4 Jun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan DUN negeri terbabit yang mempunyai 36 kerusi, dibubarkan pada keesokan harinya setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online
