Rakyat Malaysia Dijemput Meriahkan Sambutan Hari TVET Negara 2026, Bermula Hari Ini
KUALA LUMPUR, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia hadir memeriahkan Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 yang bermula hari ini, di Dataran Putrajaya, Putrajaya.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara dalam satu perkongsian di Facebook berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya pameran teknologi dan inovasi dan karnival kerjaya.

“Saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan sambutan yang akan berlangsung bermula jam 9 pagi hari ini sehingga 7 Jun 2026.
“Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuk pameran teknologi dan inovasi, karnival kerjaya, pertandingan kemahiran, seminar industri, demonstrasi teknologi serta pelbagai pengisian interaktif untuk seisi keluarga,” katanya lagi.
Selain itu, Ahmad Zahid juga menyeru semua rakyat meraikan bakat kemahiran dan masa depan negara di Hari TVET Negara 2026 ini.
Berdasarkan grafik yang dikongsi di laman sosialnya itu, Ahmad Zahid dijangka akan mengadakan sesi walkabout di lokasi pada pukul 3 petang ini dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan menyempurkan majlis perasmian pada esok, Sabtu pagi. – UMNO ONLINE
