DUN Negeri Sembilan Bubar Berkuat Kuasa Jumaat

SEREMBAN, 5 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan berkuat kuasa pada hari ini bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri itu.

Beliau berkata, keputusan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam pertemuan di Istana Hinggap pukul 8.30 malam tadi.

Pengumuman itu dilakukan dalam satu sidang media khas di kediaman rasmi Datuk Seri Aminuddin malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung tarikh pembubaran DUN di negeri tersebut.

Watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa pada Jumaat selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

Notis pembubaran akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi penentuan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. – BERITARTM

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO