Tony Pua Jangan Jadi Kacang Lupakan Kulit, Hormati Keharmonian Masyarakat Berbilang Kaum
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin menyifatkan Tony Pua sebagai punca kepada perpecahan kaum di negara ini susulan kenyataan yang menyentuh sensitiviti serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Seremban, berkata ini kerana tindakan seperti itu tidak wajar dikeluarkan oleh pemimpin Dap tersebut kerana boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
“Orang seperti kamu lah yang akan menjadi punca perbalahan kaum dalam negara ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, Fadil turut berkata Tony sebagai kacang lupakan kulit kerana tidak mencerminkan penghargaan terhadap sejarah pembentukan masyarakat berbilang kaum dalam kerangka negara yang harmoni.
“Izinkan saya menyambung sedikit ayat Tony Pua kerana saya merasakan ada yang tertinggal dari ayat tersebut dan ianya adalah khusus buat Tony Pua sahaja.
“Tapi kamu juga tidak akan dapat hidup dalam negara ini seandainya Raja Raja Melayu mengusir kamu saat British membawa kamu ke negara ini.
“Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah bagi kami berfikir seolah olah keputusan menerima kamu dengan baik ke negara ini ibarat melepaskan anjing yang tersepit,” tegas beliau.
Terdahulu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.
Tony Pua kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.
Sehingga hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah membuka kertas siasatan bersabit kes itu selepas menerima 28 laporan terhadap Tony Pua di seluruh negara. – UMNO Online
