Pemimpin UMNO Bidas Tony Pua, Sentuh Titah Tuanku Bukan Kebebasan Bersuara Tapi Biadab

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Pemimpin UMNO Negeri Sembilan tampil mengecam keras bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua susulan kenyataan yang disifatkan biadab dan melampaui batas apabila menyentuh isu Raja Berperlembagaan serta prinsip Rukun Negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias menempelak tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai cerminan sikap kaduk naik junjung.

“Kaduk Naik Junjung! Tony Pua jangan biadab!

“UMNO akan terus mempertahankan Institusi Raja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid menyifatkan tindakan pemimpin Dap tersebut berpunca daripada kegagalan memahami, menghayati dan menghormati prinsip keluhuran Perlembagaan.

Katanya, ia juga memperlihatkan keangkuhan Tony Pua yang sanggup memutarbelitkan fakta demi memperlekehkan institusi diraja.

“Kenyataan biadab Tony Pua yang menyamai sikap bagai kaduk naik junjung ini jelas mencerminkan keangkuhan yang sengaja memutarbelitkan fakta demi memperkecilkan institusi diraja.

“Dia telah membuktikan kegagalan total dalam memahami, menghayati, dan menghormati prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang yang menjadi teras keamanan negara malaysia yang sebenar

“Ingatlah UMNO akan sentiasa bersama dengan institusi raja,” ujar beliau.

Dalam pada itu Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor turut sama mengkritik perbuatan tersebut sambil menyifatkan ia sebagai tidak beradab.

Menurut beliau, titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan perkara yang perlu dihormati dan tidak seharusnya dijadikan bahan polemik atas nama kebebasan bersuara.

Brader, kalau sentuh tentang titah Tuanku, ini bukan kebebasan bersuara. Ini biadap namo eh. Jago adab, jago batas.

“Kalau titah Tuanku pun sudah berani dikecil kecilkan, itu sudah melampau. Jangan jadi macam kaduk naik junjung. Pak Mus tetap teguh berdiri mempertahankan Institusi Raja. UMNO bersama Tuanku!” tegas beliau.

Sultan Selangor sebelum ini menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Tony Pua kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja.

Sehingga hari ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan telah membuka kertas siasatan bersabit kes itu selepas menerima 28 laporan terhadap Tony Pua di seluruh negara. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO