Salleh Dilantik Ketua Merinyu Projek Sabah
KOTA KINABALU, 20 Mei – Mantan Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Ketua Merinyu Projek Sabah.
Beliau menerima surat pelantikannya daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa.

Menyatakan penghargaan kepada Ketua Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepadanya, Salleh berjanji akan melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh komitmen, ketelusan dan integriti.
Salleh, 68, merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Belud serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan.
Beliau juga pernah memegang jawatan Komunikasi dan Multimedia dari 2015 hingga 2018. – BERNAMA
