Cadangan Pisahkan Peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Diperhalusi
KUALA LUMPUR, 5 Mei — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pindaan Perlembagaan (JKPK) kali ke-5 bagi meneliti cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Ujarnya, mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada memperhalusi syor-syor yang telah dipersetujui sebelum ini, dengan matlamat untuk memuktamadkan cadangan dalam masa terdekat dan ia dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat JKPK terakhir yang dijadualkan berlangsung pada 18 Mei.

PUTRAJAYA 5 April–Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mempengerusikan Mesyuarat JKPK kali ke-5 hari ini bagi meneliti cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya—satu langkah penting ke arah sistem keadilan yang lebih telus dan berintegriti.
Fokus mesyuarat hari ini adalah memperhalusi syor-syor yang telah dipersetujui, dengan matlamat agar ia dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat sebelum dibentangkan pada mesyuarat JKPK yang terakhir pada 18 Mei ini.
Menurut Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO, langkah ini merupakan usaha penting ke arah memperkukuh sistem keadilan negara.
“Cadangan ini adalah satu langkah penting ke arah sistem keadilan yang lebih telus dan berintegriti, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal komited dalam memastikan proses pindaan ini dilaksanakan secara teliti, berprinsip serta berpaksikan Perlembagaan.
“Kerajaan MADANI akan memastikan setiap cadangan diteliti dengan sewajarnya demi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara,” tambah beliau lagi. – UMNO Online
