Tiada Parti Mampu Tandingi UMNO/BN Bawa Isu Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 April – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi menyifatkan sejak kejatuhan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 menyaksikan satu persatu kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN suatu ketika dahulu mula tersingkap.

Malah menurut beliau sehingga ke hari ini, tiada parti yang mampu menandingi kompetensi UMNO/BN yang secara solo melaksanakan tadbir urus kerajaan.

“Sedihnya apabila orang menghina UMNO kerana fitnah, propaganda daripada pihak luar yang akhirnya selepas beberapa tahun kita nampak satu persatu kebenarannya keluar di sosial media.

“Namun tetap lagi orang menfitnah kerana orang tahu UMNO itu kuat. Hendak jatuhkan UMNO kena jatuh yang paling atas supaya orang yang berada di bawah ini runtuh,” katanya

Katanya lagi, mengambil pengajaran daripada tragedi tersebut perpaduan dalam kalangan pendukung parti merupakan elemen penting bagi memastikan UMNO terus utuh untuk melaksana agenda perjuangan.

Dalam pada itu, beliau turut menyambut baik inisiatif Rumah Bangsa yang dilihat sebagai usaha mengembalikan semula bekas ahli kepada parti keramat ini.

“Saya sangat teruja dengan idea Rumah Bangsa sebab pada akhirnya sebagai anak muda dalam UMNO apa sahaja yang berlaku saya mahu UMNO menang kembali, solo pada pilihan raya seterusnya dan menjadi gilang gemilang seperti dahulu

“Walau orang cakap apa sekalipun di luar sana kita tahu parti luar tidak akan sebaik UMNO sebab UMNO/BN kalah bukan kerana orang luar itu hebat.

“Malah sekarang ini ada menteri UMNO/BN di Kabinet… setiap menteri itu melaksana kerja mereka dengan sangat baik. Jika dilihat di sosial media atau di lapangan semua orang akan cakap UMNO boleh buat kerja,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO