Semoga Sambutan Aidilfitri Eratkan Hubungan Silaturahim, Perteguh Perpaduan – Wan Rosdy
KUALA LUMPUR, 7 April – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berharap agar sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperteguhkan perpaduan.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy memaklumkan beliau telah memenuhi undangan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Rangkaian Delima Sdn Bhd pada Isnin.

“Memenuhi undangan ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Rangkaian Delima Sdn Bhd di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
“Terima kasih kepada Azrul Khairi Muhammad, Ketua Pegawai Eksklusif dan seluruh warga kerja Kumpulan Rangkaian Delima Sdn Bhd yang sudi menjemput saya dan keluarga ke majlis penuh bermakna ini.
“Semoga majlis seperti ini mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memperteguhkan perpaduan dan meraikan keharmonian antara kita,” katanya.
Terdahulu, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO turut hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

“Saya berkesempatan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri LPHP di Kuantan. Terima kasih kepada YH Datuk Ahmad Islanizam A. Halim dan seluruh warga LPHP atas jemputan ini.
“Walaupun Syawal kini sudah di pertengahan, kemeriahannya masih jelas terasa dengan kehadiran warga kerja dan tetamu yang bersama-sama memeriahkan suasana dalam penuh mesra serta santai.
“Semoga Aidilfitri ini terus membawa kegembiraan dan keberkatan kepada kita semua,” katanya lagi. – UMNO Online
