Hari Seniman Satu Pengiktirafan Peranan Besar Seniman – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sebagai individu yang amat menghargai seni dan nilai kreativiti, beliau melihat sambutan Hari Seniman pada hari ini sebagai satu pengiktirafan terhadap peranan besar para seniman dalam mencorakkan pemikiran, menyatukan masyarakat serta memperkayakan warisan negara.

Ujarnya, Hari Seniman yang diraikan pada setiap 22 Mac di Malaysia merupakan satu tarikh penuh makna, simboliknya bersempena kelahiran seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

“Mewakili kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Seniman kepada seluruh penggiat seni di Malaysia.

“Teruskan berkarya dengan penuh dedikasi demi menyinari kehidupan masyarakat dan memartabatkan seni ke persada yang lebih tinggi,” katanya menerusi satu catatan di Facebook.

Ulasnya Ab Rauf juga, sambutan ini adalah simbol penghargaan tertinggi kepada seluruh penggiat seni tanah air, merangkumi bidang perfileman, muzik, penulisan, teater serta semua warga seni yang telah menyumbang kepada pembangunan budaya dan jati diri bangsa.

“Seni Dihargai, Budaya Disanjungi.” – UMNO ONLINE

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO