ADUN Lenggeng Serah Bantuan Ramadan Kepada Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Asna Amin berkesempatan menghadiri Program Buka Puasa bersama masyarakat Kampung Sungai Jai yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Jai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng berkata, program tersebut bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat, malah turut menjadi platform untuk berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan.

“Alhamdulillah… saya berkesempatan hadir ke Program Buka Puasa bersama masyarakat Kampung Sungai Jai di Masjid Kampung Sungai Jai. Dalam kesempatan ini turut diadakan serahan sumbangan kepada warga emas serta penerima asnaf, termasuk sumbangan wang tunai dan bakul makanan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Semoga segala usaha dan keprihatinan ini diberkati serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat, katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam perkembangan lain, Asna yang juga Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Negeri Sembilan telah menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada golongan warga emas dan beberapa keluarga yang memerlukan di kawasan tersebut.

“Sedikit sumbangan ini diharapkan dapat membantu serta menggembirakan ayah dan ibu kita, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Semoga ia dapat meringankan sedikit keperluan harian mereka.

“Mudah-mudahan segala usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Majlis bantuan tersebut diterima 96 orang warga emas di DUN Lenggeng yang berlangsung di Mahkota Hills Clubhouse, Lenggeng. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO