Ramadan Penuh Keberkatan, Johari Santuni Golongan Memerlukan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf di kawasan Kampung Datuk Keramat dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Akram pada semalam.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, sumbangan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

“Alhamdulillah, berkesempatan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada asnaf kawasan Kampung Datuk Keramat di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat serta berbuka puasa bersama penduduk dan ahli kariah di sini.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu persiapan perayaan mereka. Insya-Allah, komitmen untuk terus menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sementara itu menerusi perkongsian berbeza beliau turut berbesar hati menyampaikan sumbangan cermin mata kepada pelajar-pelajar dalam satu program di Madrasah Rajaiyah.

Johari meluahkan harapan agar sumbangan tersebut dapat membantu para pelajar seterusnya meningkatkan fokus dan semangat dalam pembelajaran.

“Berkesempatan menyampaikan sumbangan cermin mata kepada pelajar-pelajar Parlimen Titiwangsa di Madrasah Rajaiyah, Jalan Raja Uda, Kampung Bharu.

Semoga sumbangan kecil ini dapat menjadikan pelajar-pelajar untuk terus bersemangat belajar di sekolah.

“Dalam program Majlis Sentuhan Ramadan ini, seramai 200 orang anak muda telah terlibat dalam aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar, manakala 50 orang anak muda pula telah menyertai program tadarus Ramadan,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO